JWJ :
SATU PENGERTIAN
Jejak Warisan Jawi
(JWJ) merupakan satu kempen untuk
memartabatkan bangsa Melayu dengan menggali serta mengenengahkan segala
khazanahnya samada di dalam Malaysia khasnya mahupun di luar Malaysia amnya dan
bertanggungajawab pula untuk menghidup kembalikan budaya Melayu agar terus
menerus diwarisi dan diamalkan sehingga berkekalan di mana jua pun orang Melayu
berada seterusnya meletakkan umat Melayu ke suatu tempat yang tinggi di mata
dunia. Ianya sebagai satu peringatan kepada bangsa Melayu bahawasanya sesungguhnya
leluhur bangsa ini mahukan warisan mereka terus menerus menegak dan
mempertahankan jatidiri dari terpesong dek hambatan zaman yang kian mencabar.
ANALOGI
EKSPEDISI JWJ
JEJAK WARISAN JAWI
mula dikenali setelah bergerak melalui program EKSPEDISI JWJ sejak tahun 2010
buat kali pertama. Dengan paksi untuk menjejak, merungkai sejarah baru bangsa
Melayu dan kesinambungan tinggalannya di seluruh dunia, serta menjalin kembali
hubungan silaturrahim di dalam kelompok negara yang berlainan seterusnya
memartabatkan bangsa dalam segala hal terutamanya dari sudut ekonomi dan
pendidikan bahkan ia juga satu program yang harmoni dengan menjalankan khidmat
kebajikan dan kemanusiaan melalui ibadah akikah dan derma berupa material yang
dberikan disulam pula dengan persembahan kebudayaan Melayu serta dihiasi
penyampaian maklumat tentang Malaysia melalui pameran yang dibuat serta
interaksi dengan penduduk di semua negara lain yang dijejaki.
EKSPEDISI JWJ1,
JWJ2 dan JWJ3 sehingga kini telah berjaya menjalin perhubungan persaudaraan dan
kenegaraan melalui aktiviti yang tersebut di atas dengan semua komuniti Islam
di semua negara yang dijejaki.
EKSPEDISI
JWJ 1
Ekspedisi yang
julung kali telah berjaya di laksanakan pada bulan Februari 2010, JWJ1 telah
berjaya merentas sehingga ke Ayuthaya, Thailand. Laluan EKSPEDISI JWJ1 bermula dari Klang,
Selangor sehinggalah ke Ayutthaya, Thailand dan melalui jalan pantai barat
Thailand yang memakan masa selama 12 hari dan perjalanan sejauh lebih dari
4,000 kilometer dengan mengunakan 6 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND
ADVENTURE TEAM. Para peserta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan
berjumlah seramai 22 orang termasuklah 2 orang pemberita dari BERITA HARIAN
telah berganding bahu menjadikan EKSPEDISI JWJ1 telah mencapai tujuan seperti
yang dirancangkan.
EKSPEDISI
JWJ 2
EKSPEDISI JWJ 2
merupakan usaha besar yang telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya.
Catatan penggalian sejarah Melayu, demonstrasi kebudayaan tradisi Melayu,
penyerahan bantuan kebajikan, pembinaan insan dan motivasi, ibadah akikah dan
penyampaian zakat adalah antara bentuk kejayaan ekspedisi ini.
Laluan EKSPEDISI
JWJ2 bermula dari Klang, Selangor menyusuri pantai timur Thailand memasuki
Kemboja, Vietnam, Laos dan memasuki pintu sempadan China berakhir di
Sipsongpanna Yunan, China. Konvoi JWJ 2 bergerak pulang melalui pintu sempadan
Boten di China, Chiang Rai, Thailand dan melalui Chiang Mai, Tai Chi Lek Burma
serta melalui pantai barat Thailand menuju Bukit Kayu Hitam, Malaysia. Secara
keseluruhannya Ekspedisi JWJ 2 telah merentasi 7 buah negara pada bulan Mei
2011 iaitu Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, China juga Malaysia.
Ekspedisi ini telah memakan masa selama 25 hari dengan jarak perjalanan 12,000
km menggunakan 10 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE
TEAM. Para peserta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan berjumlah
seramai 33 orang termasuk wartawan Utusan Malaysia, Bernama dan krew RTM TV1.
EKSPEDISI
JWJ 3
EKSPEDISI JWJ3 telah melebarkan lagi jarak penerokaan meliputi kepulauan di
Nusantara iaitu Riau Lingga, Sumatera, Kalimantan, Jawa dan Sulawesi mulai April
2012 sehingga akhir 2013. EKSPEDISI JWJ3 telah menjejak sejarah warisan Melayu
di kepulauan Nusantara termasuklah ulama/pengajian, pahlawan/persilatan,
kesultanan/kerajaan Melayu di Nusa Indonesia dan menjalankan aktiviti-aktiviti
pertukaran buah fikiran dan persembahan kebudayaan Melayu Malaysia disamping
menyerahkan bantuan kebajikan yang sewajarnya. EKSPEDISI JWJ 3 telah
melengkapkan misi dengan pemergian 18 orang anggota Majma’ dan WarisAlam
diserta juga oleh wartawan dari Bernama, menggunakan pengangkutan udara dan
laut.
EKSPEDISI
JWJ 4 : SEKILAS PANDANG
EKSPEDISI
JEJAK WARISAN JAWI 4 (EKSPEDISI JWJ4)
KL-Jeddah (2014) adalah kesinambungan EKSPEDISI JWJ1 dari Semenanjung ke
Ayutthaya (2010), EKSPEDISI JWJ2 Rentas 7 Negara (2011), EKSPEDISI JWJ3
Kepulauan Nusantara (2012-2013). Setelah kejayaan mengharungi
ekspedisi-ekspedisi tersebut maka terbitlah keazaman untuk melangkah usaha yang
lebih jauh mencabar mental, fizikal, emosi dan rohani iaitu dengan melaksanakan
EKSPEDISI JWJ4 Kuala Lumpur - Jeddah, dengan motto “Tradisi diteruskan”.